Shopee kini hadir dengan inisiatif baharu dalam memastikan pengguna terus yakin dalam melakukan pembelian dibawah Shopee Mall. Dibawah inisiatif baharu ini, Shopee mengatakan bermula 15 Julai 2023, sekiranya pengguna membeli barangan melalui Shopee Mall dan menerima barangan tiruan, mereka akan tertakluk dibawah jaminan pulangan sehingga 8x harga pembelian.
Inisiatif baharu ini adalah penambah-baikkan berbanding tawaran 2x harga pembelian sebelum ini. Apa pun, jaminan pulangan tunai 8x ini tertakluk kepada maksima sehingga gandaan mencapai nilai RM5,000 – atau nilai asal sekiranya barangan melebihi RM5,000.

Shopee Mall sedia mempunyai sejumlah jenama popular dan dikenali ramai di platform tersebut, dan dengan langkah ini, ia dijangka akan terus menambah keyakinan pada platform edagang tersebut.
Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana polisi dan inisiatif baharu ini hanya untuk pembelian di Shopee Mall sahaja, dan bukannya pada Shopee secara keseluruhan.


