Shopee Memperkenalkan Sistem Sokongan untuk PKS – Melangkaui Penstriman Langsung

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 6:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak dinafikan penstriman langsung dan video menerusi pelbagai media sosial yang tersedia hari ini adalah antara senjata atau alat yang kuat untuk membantu rata-rata ahli perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengukuhkan lagi perniagaan dengan ia membantu meningkatkan jualan. Namun, sebuah platform e-dagang dengan ekosistem yang boleh dipercayai serta kukuh juga adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan perniagaan yang diusahakan.

image is not available

Shopee yang merupakan sebuah platform e-dagang terkemuka tempatan cakna dan sedar tentang hakikat ini tampil dengan beberapa solusi yang dilihat boleh membantu ramai peniaga PKS bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. Menerusi kajian Kantar, sebanyak 68% responden yang terdiri daripada Gen Z menunjukkan kecenderungan dan kadar pembelian yang lebih tinggi di platform e-dagang berbanding dengan saluran lain.

Demikian itu, corak pembelian ini dapat difahami dengan menunjukkan bahawa meskipun pembeli gemar melakukan pembelian secara atas talian serta mengambil tahu kualiti barangan yang hendak dibeli, tetapi proses pemulangan dan pengembalian wang yang mudah serta khidmat penghantaran yang pantas juga menjadi pertimbangan utama sebelum pengguna membuat keputusan pembelian.

Oleh itu, pihak Shopee melihat ini sebagai satu peluang bagi memacu pertumbuhan perniagaan PKS sekaligus memperkenalkan beberapa program baharu untuk menambah baik pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia. Antaranya ialah, perkhidmatan penghantaran segera, penghantaran pada hari berikutnya sebaik sahaja melakukan pembelian serta jaminan tepat waktu bersama dengan baucar RM5 kepada pelanggan sekiranya pesanan tiba lewat dari tarikh yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, polisi 15 hari pemulangan percuma juga diperkenalkan pihak mereka dimana ia membolehkan pengguna untuk memulangkan semula barangan yang telah dibeli secara percuma dalam tempoh 15 hari tanpa soal.

image is not available

Kesemua ciri ini dilihat memudahkan pengguna untuk melakukan sebarang proses pembelian mahupun pemulangan tanpa banyak syarat. Secara teknikal, kemudahan yang tersedia ini pastinya akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian tanpa perlu khuatir akan proses yang rumit sekiranya ingin melakukan pemulangan dan pengembalian wang. Ini sekaligus dapat memperkukuhkan perniagaan PKS dan menjadikannya lebih kompetitif serta berjaya dalam pasaran digital dengan memanfaatkan platform Shopee.

Justeru itu, menurut Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia berkata, peranan Shopee bukan sahaja untuk membantu penjual menstrim langsung secara efektif. Shopee juga memahami impak penting sesebuah alat perniagaan dan menawarkan sokongan perniagaan secara menyeluruh. Shopee mempunyai ekosistem kukuh dengan sistem pembayaran bersepadu yang selamat dan rangkaian rakan kongsi logistik yang memastikan perniagaan dapat sentiasa berkembang maju.