Shopee Mengecualikan Caj 50 Sen Setiap Jualan Untuk Penjual Dengan Kurang 100 Jualan Setiap Bulan

TechnologyDigital
16 Jul 2025 • 8:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopee kini mengatakan mereka akan mengecualikan semua penjual yang mempunyai kurang 100 jualan setiap bulan daripada caj platform sebanyak 50 sen setiap jualan. Penjual yang menerima pengecualian ini akan menerima notifikasi melalui Pusat Penjual pada awal bulan, bermula Ogos.

Selain itu, Shopee juga mengecualikan caj platform ini untuk mereka yang aktif kurang daripada 120 hari atau mempunyai kurang 100 jualan – bagi penjual baharu.

Sebelum ini, Shopee telah mengatakan akan mengimplementasi caj platform sebanyak 50 sen bagi setiap jualan, sekaligus memberikan impak terhadap margin keuntungan para penjual – terutamanya yang menjual barangan berharga rendah. Caj ini telah mula diimplementasikan oleh Shopee berkuat-kuasa hari ini.