Shopee Naikkan Lagi Yuran Komisen Untuk Penjual Berkuat-kuasa 1 Februari 2026

LocalBusiness & Finance
16 Jan 2026 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Shopee kini mengumumkan pelarasan semula yuran komisen untuk para penjual di platform berkenaan, berkuat-kuasa 1 Februari 2026. Dibawah penyelarasan semula ini, produk dibawah kategori elektronik, FMCG dan gaya hidup memperlihatkan peningkatan kadar komisen, sementara kategori fesyen memperlihatkan sedikit penurunan caj yuran komisen.

image is not available

Sebelum ini, kali terakhir Shopee melakukan penyelerasan semula caj yuran komisen kepada penjual adalah pada November 2025 lepas.

Caj ini adalah kepada penjual di Shopee, dan bukan kepada Shopee Mall atau penjual luar negara – memandangkan mereka menggunakan kadar yuran berbeza. Untuk penjual baharu, Shopee akan mengenakan caj yuran selepas lebih 120 hari atau selepas menjual 100 pembelian melalui platform berkenaan.