Shopee PayDay RM25 KnockOut Deal tak masuk akal, OPPO A77 hanya RM25 untuk hari ini sahaja

Digital
25 Jul 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
PayDay RM25 KnockOut Deal

MINGGU gaji dimeriahkan dengan Shopee PayDay RM25 KnockOut Deal yang menawarkan potongan harga kaw kaw dan tak masuk akal.

Mana tidaknya, telefon pintar OPPO A77 5G yang berharga RM1,199 dijual pada nilai hanya RM25 sahaja!

Ini bukan main-main ya apabila Shopee memberikan harga terbaik hanya untuk hari ini sahaja.

Tawaran dibuka bermula jam 12 tengah malam untuk lima unit, manakala jam 10 malam nanti terhad kepada tiga unit.

image is not available

Jangan lupa untuk menebus 16 pilihan baucar termasuk diskaun hingga 50 peratus, potongan harga RM100 untuk pembelian produk tertentu dan banyak lagi.

Pendek kata, kalian jangan lepaskan peluang keemasan untuk membeli telefon pintar OPPO pada harga lebih menguntungkan.

image is not available

Berikut perincian OPPO A77 5G:

i) Dilengkapi paparan 90Hz Colour Rich dan ciri Ultra-Clear 108MP untuk bidikan foto lebih jelas.

ii) Sistem dalaman dipertingkatkan dengan ColorOS 12.1 dengan ciri menarik seperti Flexdrop, Three-Finger Translate dan perlindungan sekuriti.

image is not available

iii) Didatangkan dengan 148MP Dual Camera dan bateri berkapasiti 5000mAh supercas yang mampu bertahan hingga 344 jam.

Tidak hanya telefon pintar, perkakas elektrik seperti televisyen Digital LED jenama SAMView juga diberikan harga serendah RM25.

image is not available

Lebih murah jika mahu dibandingkan harga asal bernilai RM579.99. Memang berbaloi untuk dibeli khususnya mereka yang mencari-cari tv baharu.

Waranti diberikan selama 12 bulan dan penghantaran percuma diberikan untuk mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.

image is not available

Tunggu dulu! Buat pengguna baharu yang belum pernah membuat sebarang pembelian di aplikasi Shopee, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen Shopee Durian Runtuh.

Program yang berlangsung hingga 31 Julai tersebut memberikan tiga pilihan ganjaran iaitu baucar eksklusif, hadiah atau makanan percuma untuk pembelian pertama.

image is not available

Barangkali inilah masa terbaik untuk para ibu menambah stok susu si comel kerana pilihan seperti Mamil, Dugro, Aptagrow, Pediasure, Enfragrow 4+, S26 Gold dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Banyak lagi barangan terpilih diberikan pada harga lebih rendah hanya untuk hari ini sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan