ShopeePay Kini Tingkatkan Had Dompet Sehingga RM30,000

Business & FinanceDigital
21 Jan 2026 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ShopeePay kini meningkatkan had dompet digital mereka sehingga RM30,000, sekaligus menjadikan ia sebagai dompet digital dengan had paling tinggi di pasaran setakat ini. Ini adalah peningkatan berganda pada ShopeePay yang sebelum ini mengehadkan nilai dompet mereka kepada RM9,999.

Bersama perubahan ini, had nilai transaksi harian melalui ShopeePay kini ditetapkan kepada RM30,000, sementara had transaksi bulanan adalah RM180,000. Had transaksi tahunan ShopeePay pula ditetapkan kepada RM360,000. Pemindahan dan juga pengeluaran masih dihadkan kepada RM9,999 buat masa ini.

Untuk menikmati had baharu ini, semua pengguna ShopeePay perlu menyelesaikan proses eKYC atau pengesahan identiti. Anda juga boleh menetapkan had peribadi ShopeePay melalui halaman tetapan bagi mengelak terlebih guna tanpa sengaja.