Show-Tech MARDI 2023 berjaya capai 168 padanan perniagaan dengan nilai potensi RM15.1 juta

Business & Finance
28 Aug 2023 • 10:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Show-Tech MARDI 2023 berjaya capai 168 padanan perniagaan dengan nilai potensi RM15.1 juta

johardy

28/08/2023 - 10:25

KUALA LUMPUR 28 Ogos 2023 – Penganjuran Pameran Teknologi dan Inovasi Pertanian atau Show-Tech MARDI 2023 telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran pengunjung melebihi 300,000 orang dengan anggaran jualan tunai yang dicatatkan turut mencecah RM2.7 juta sepanjang tiga hari program ini berlangsung.

Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Mohammad Zabawi Abdul Ghani berkata, pihak penganjur turut berjaya melaksanakan 168 padanan perniagaan dengan nilai potensi berjumlah RM15.1 juta.

“Selain itu, lebih 300 teknologi agromakanan dipamerkan, 103 teknologi dirunding di bawah pemadanan perniagaan, sembilan memorandum perjanjian di antara MARDI dengan syarikat swasta dimeterai, empat produk inovasi baharu dilancarkan, 28 penyerahan teknologi direalisasikan dan dua buku baharu terbitan MARDI dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Showtech 2023 yang berlangsung sejak 25 hingga 27 Ogos yang diadakan di MAEPS, di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Dr. Azman Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MARDI Corporation Sdn. Bhd. (MARDICorp.), Zaidi Shahrim.

image is not available
Norhalim Sirome menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik Show-Tech MARDI 2023 daripada Dr. Azman Ismail disaksikan Dato’ Dr. Mohammad Zabawi Abdul Ghani.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Beliau menambah, penganjuran pameran yang bertemakan ‘Peneraju Inovasi Agroteknologi’ ini sangat bertepatan dengan aspirasi bagi mengangkat inovasi teknologi sebagai strategi penting ke arah menjamin bekalan makanan supaya kekal cukup dan tersedia buat semua rakyat Malaysia.

“Kejayaan pelaksanaan aktiviti di sepanjang ShowTech MARDI 2023 secara langsung telah menunjukkan pencapaian objektif penganjuran iaitu sebagai platform perkongsian hasil penyelidikan MARDI kepada masyarakat umum selain memberi kesedaran tentang kewujudan teknologi serta inovasi tempatan yang boleh diguna pakai di dalam sektor agromakanan negara,” tambahnya. - DagangNews.com