Showcase New Hope Club Pukau 2,000 Peminat, Sasar Adakan Konsert Di Malaysia 

Music
7 Sep 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
New Hope Club - Gambar ihsan Universal Music Malaysia

“Kami benar-benar ingin melihat konsert kami habis tiket jualan di Malaysia satu hari nanti,” kata New Hope Club sejurus selepas berakhirnya showcase pertama mereka di Sunway Pyramid, baru-baru ini. 

Sekaligus memberikan petanda bahawa band muzik dari United Kingdom yang dianggotai Reece Bibby, Blake Richardson, dan George Smith akan kembali semula ke negara ini dengan persembahan konsert. 

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Berjaya memukau 2,000 peminat Malaysia dengan persembahan showcase pertama mereka di Sunway Pyramid, New Hope Club telah mempersembahkan enam buah lagu termasuk lagu hit mereka, ‘Know Me Too Well’. 

Lagu ‘Know Me Too Well’ yang dipersembahkan mereka itu juga turut bergema penuh dengan nyanyian bersama peminat-peminat mereka. 

“Tenaga yang mereka (peminat) berikan, sambil mendengar mereka menyanyi setiap bait lirik lagu kami membuatkan jelajah kami di Asia Tenggara menjadi satu detik yang cukup indah.

“Apatah lagi dapat bertemu mereka secara langsung, ia sejujurnya adalah adalah pembakar semangat kami untuk terus berkarya sebagai satu kumpulan.

“Begitu juga bila melihat karya kami berada di media sosial. Ia adalah sesuatu yang kami akan kenang dalam  perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan muzik. 

“Kami benar-benar ingin melihat konsert kami habis tiket jualan di Malaysia satu hari nanti,” kata salah seorang ahli kumpulan mereka Reece Bibby, sambil ditemani rakan sekumpulan Blake Richardson dan George Smith. 

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Kumpulan muzik tempatan popular, Insomniacks telah membuka acara dengan mempersembahkan tiga lagu hit mereka termasuk  ‘Sempurna’. 

Pemilihan Imsomniacks dilakukan sendiri label dunia New Hope Club untuk membuka persembahan mereka di Kuala Lumpur, sekaligus menjadi pembukaan pertama Insomniacks untuk artis antarabangsa yang melawat Malaysia.

Sebagai penutup persembahan, New Hope Club telah sebuah plak Platinum oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim susulan daripada kejayaan lagu  mereka “Know Me Too Well” bersama Danna Paola  meraih rekod platinum di Malaysia.

image is not available
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Dengan lebih 2.4 billion penstriman hingga kini, kumpulan itu berjaya menghabiskan jualan tiket di seluruh dunia (termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, Jerman, Perancis, Korea, Thailand, Jepun, Singapura, dan Indonesia). 

Lagu hit mereka yang tular di TikTok tahun lalu , ‘Know Me Too Well’ meraih perhatian luar biasa di pasaran tempatan sehingga mereka mendapat pencapaian #1 platinum di Malaysia.

“Ia satu penghargaan yang besar buat kami, untuk melihat sokongan padu serta peningkatan peminat sejak pertama kali kami tiba empat tahun yang lalu. Kami akan terus mara dan harap akan kembali lagi,” kata mereka yang sebelum ini pernah datang dan beraksi di Kuala Lumpur pada 2018. – Getaran, 7 September 2022

View Original Article