Showcase Raya CATS Bakal Tampilkan Kumpulan Ruffedge Di Plaza Merdeka

23 Apr 2024 • 5:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Showcase tersebut akan diadakan di Plaza Merdeka pada 30 April ini

Showcase Raya CATS Bakal Tampilkan Kumpulan Ruffedge Di Plaza Merdeka. Sebuah program menarik bakal menghiburkan rakyat Malaysia. Dikenali sebagai ‘Showcase Raya Mena-Mena’, acara ini bakal diadakan di Plaza Merdeka pada 30 April ini, bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Penganjuran ini merupakan satu inisiatif daripada stesen radio tempatan, CATS bagi memeriahkan suasana di Kuching, Sarawak.

image is not available
Showcase Raya CATS Bakal Tampilkan Kumpulan Ruffedge Di Plaza Merdeka

Ruffedge, Adruce Azman dan Belioo Buskers bakal adakan konsert di Kuching

Pelbagai persembahan bakal diadakan, termasuk kumpulan muzik terkenal tanah air, Ruffedge, bakal menggemparkan pentas dengan mengadakan konsert eksklusif di Plaza Merdeka. Selain itu, artis seperti Adruce Azman dan Belioo Buskers turut bakal memukau penonton dengan rentak lagu mereka.

Salah satu tarikan utama pada malam tersebut ialah persembahan khas daripada penyampai radio CATS sendiri. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan oleh penganjur.

Para pengunjung adalah dialu-alukan untuk tampil bergaya dengan memakai baju raya mereka bagi memeriahkan suasana.