
Bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri mendedahkan dia mengambil masa sembilan bulan untuk mampu kembali memasak lauk sambal sotong.
Kata Shuhada yang mesra dengan panggilan Shu menerusi Instagram story, lauk tersebut adalah kegemaran pelakon berkenaan dan dia bimbang akan menangis jika memasak sambal sotong.
Ini adalah lauk kegemaran dia (Hafidz) kalau I yang masak, bukan apa takut nanti I masak sambil ada perisa air mata pulak.
View this post on Instagram
Namun kata Shu, dia kini sudah mampu untuk memasak hidangan itu tanpa ada rasa sedih di hati malah mengaku boleh menyediakannya dengan jumlah yang banyak.
Shu turut menyatakan kesyukuran kerana sudah move on daripada perkahwinannya yang gagal serta kehidupannya dengan Hafidz Roshdi sebelum ini.
"Kita Kena Letak 10% Ragu-Ragu Pada Pasangan.." - Kongsi Kisah Perit, Shuhada Akui Trauma Jika Lelaki Dekati
The post Shu Tahan Diri 9 Bulan Tak Masak Sambal Sotong, Takut Menangis Terkenang Hafidz Roshdi – “Ini Lauk Kegemaran Dia…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

