Shuhada dakwa Hafidz Roshdi putar belit fakta -“Nak jumpa anak? Sila datang Australia!”

LocalEntertainment
30 Apr 2025 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Shuhada dakwa Hafidz Roshdi

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meminta aktor terbabit untuk datang ke Australia sekiranya mahu bertemu dua orang anaknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di Insta-storynya, dia membuka mulut berkaitan hak lawatan interim yang diterima oleh Hafidz Roshdi terhadap anak-anaknya sepanjang tempoh cuti sekolah bermula 29 Mei sehingga 9 Jun depan.

Shuhada dakwa Hafidz Roshdi

image is not available

“Dia punya twist tu, macam orang tiada ilmu, cakap berbelit, interim dekat responden pertama, aku lah orang responden pertama. Dah la hak raya ke apa semua tak dapat, sembang kari apa entah.

“Anak-anak sekolah dekat Australia, cuti sekolah sini la. Nak jumpa (anak) sila datang sini,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut mempersoalkan tindakan Hafidz yang didakwa telah menghantar notis tuntutan (LOD) fitnah berbanding melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Shuhada dakwa Hafidz Roshdi

image is not available

“Tiba-tiba hari ni dapat LOD fitnah. Dari kau hantar LOD segala bagai baik kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak, duit nafkah satu sen tak bagi.

“Kau tunjuk kau tu bapa yang bertanggungjawab sikit, aku diam kau jangan bagi aku menyalak pula. Kang aku jadi Cik Epal juga kang. Jangan bagi aku mula.

“Dah kalah tu kalah la, acah-acah Nurul Shuhada kena balik Malaysia bawa anak-anak jumpa kau. Kau tu datang sini nak jumpa anak-anak. Perintah mahkamah kan? Kalau nak jumpa? Eh nak cover malu pun jangan la sampai twisted facts,” katanya lagi.

image is not available

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini membenarkan Hafidz Roshdi mendapatkan hak lawatan interim terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar sepanjang tempoh cuti sekolah bermula 29 Mei sehingga 9 Jun depan.

Susulan itu, Shuhada yang kini tinggal di Australia dikehendaki untuk mengikut perintah mahkamah sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Instagram @Shushukri