Shuhada dedah anak rindu Hafidz Roshdi – “Umar suruh beli robot abah”

Family & Parenting
26 Mar 2024 • 3:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dedah anak bongsunya, Umar sudah mula rindukan belaian seorang bapa.

Menurut laporan Gempak, Shuhada mendedahkan anak lelakinya itu pernah meminta izin untuk menumpang kasih bapa saudaranya sendiri.

Bukan itu sahaja, Umar turut meminta Shuhada belikannya patung permainan di dalam talian untuk dijadikan sebagai bapa.

Shuhada dedah anak

image is not available

“Saya harapkan komitmen dia sebab anak-anak dia juga. Saya nak anak-anak saya rasa mereka ada juga abah walaupun tak sama macam orang lain. Sekurang-kurangnya, mereka rasa kehadiran seorang abah.

“Umar asyik cakap suruh beli robot abah. Jenuh saya nak cari. Saya tak mahu dia ada perasaan begitu. Saya nak kita sama-sama bagi anak tak rasa kurang kasih sayang itu.

“Pernah juga dia pergi kepada sepupu dia dan cakap nak pinjam ayah dia. Kesianlah dekat anak-anak, kan. Kalau bercakap mengenai anak-anak, saya sensitif sikitlah,” ujarnya.

Shuhada dedah anak rindu

image is not available

Pun begitu, anak sulungnya iaitu Humairah kini sudah memahami situasi yang berlaku antara kedua ibu bapanya yang sudah membuat haluan masing-masing.

“Humairah dah jadi macam saya, dah mula tak kisah sebab dah mula membesar. Umar mungkin sebab dia masih kecil, jadi dia tengok sepupu-sepupunya ada ayah, dia macam teringin nak ada ayah,” ujarnya.

Shuhada juga memaklumkan Hafidz ada membuat panggilan video bersama anak-anaknya semalam namun, tidak mengetahui perbualan antara mereka.

image is not available

“Saya tak dengar perbualan mereka sebab saya nak mereka ada privasi untuk bercakap dengan ayah mereka. Tapi, mungkin hal yang saya sempat terdengar, Humairah minta benda yang paling mahal sekali sebab dah sangat lama. Mungkin anak-anak ada minta sesuatu dekat dia kot,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada mengatakan jumlah nafkah anak-anaknya sudah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 tetapi, ada kalanya Hafidz culas.

“Baru naik sikit (jumlah nafkah), RM200 seorang anak daripada RM100 untuk seorang anak sebelum ini. Bukanlah setiap bulan, sebab ada ketikanya dia culas juga.

“Saya tak boleh bergantung kepada ibu bapa saya sepenuhnya sebab mereka pun dah bersara. Mereka sama-sama bantu jaga anak saya pun alhamdulillah,” katanya.

image is not available

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, mereka telah berpisah 27 Julai 2023.

Sumber: Gempak (Mya Amri)