Shuib anggap tuduhan guna duit Perkeso pergi umrah satu fitnah luar biasa

LocalEntertainment
12 Nov 2024 • 6:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib anggap tuduhan guna duit Perkeso pergi umrah satu fitnah yang cukup luar biasa dan sudah terlalu jauh memandangkan baru-baru ini dia dan Pengarah Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Shah Alam.

Hal ini susulan pengakuan bersalah yang direkodkan terhadap beberapa pertuduhan selepas didapati tidak mencarum Perkeso kepada pekerjanya.

image is not available

Shuib anggap tuduhan sudah terlalu jauh

Disebabkan berita tersebut menjadi perhatian ramai, ruangan komen Instagram pelawak terbabit telah dipenuhi dengan kecaman termasuk mengaitkan ibadah umrah yang baru sahaja dilaksanakan beberapa minggu yang lalu.

Walaupun komen individu terbabit seakan sudah dipadam, namun balasan daripada Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad telah menjadi perhatian netizen.

image is not available

Shuib anggap tuduhan fitnah luar biasa, maafkan individu tersebut

Dalam hantaran tersebut, Shuib menyatakan bahawa apa yang diperkata individu berkenaan sudah terlalu jauh dan merasakan ia adalah satu fitnah yang cukup luar biasa.

Jadi, dia berharap agar Allah S.W.T dapat mengampunkan dosa individu terbabit kerana disifatkan sebagai berlebihan dalam meninggalkan komen.

“MasyaAllah sedara, jauh sangat ni. Duit umrah pakai duit Perkeso? Semoga Allah ampunkan dosa awak ya, Fitnah luar biasa,” tulisnya.

image is not available

Sebelum ini, Shuib dan keluarga telah mengerjakan ibadah umrah pada penghujung bulan Oktober.

Dalam hantaran sebelum berangkat ke Tanah Suci, dia memohon agar orang ramai dapat memaafkannya serta keluarga andai selama ini mempunyai salah dan silap.

image is not available

Tak sampai seminggu pulang dari Mekah, berita tentang Shuib serta pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd dituntut membayar RM17,500 susulan tidak mencarum Perkeso pekerja menjadi topik bualan hangat.

Walau bagaimanapun, pelawak itu menganggap apa yang berlaku adalah ujian dalam perniagaan dan mengakui kesalahan itu serta membayar denda yang dikenakan.

Sumber: Instagram shuibsepahtu

View Original Article