Shuib Didenda RM10,000 Promosi Vape Dalam Podcast

LocalEntertainment
7 Jan 2026 • 2:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mempromosikan produk tembakau menerusi sebuah podcast di YouTube, dua tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan oleh Majistret Ezrene Zakariah, dengan perintah penjara maksimum satu tahun sekiranya denda gagal dibayar.

Mengikut pertuduhan, Shuib atau Shahmira Muhamad didakwa melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana mempromosikan produk vape Soundvape dalam Dol’s Podcast pada Oktober 2024.

Baca juga:

Mahkamah dimaklumkan beliau menurunkan kandungan tersebut sebaik menyedari kesalahan, namun pihak pendakwaan menegaskan tindakan selebriti mempromosikan vape boleh memberi pengaruh negatif kepada masyarakat, khususnya remaja.

Dalam prosiding sama, penaja podcast berkenaan turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan.

Sumber: Sinar Harian