Shuib Tidak Akan Panggil Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Podcast

Entertainment
7 Aug 2024 • 12:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuib

Ramai sedia maklum bahawa pelawak, Shuib Sepahtu kini sudah mula aktif membuat rancangan bertajuk Dol’s Podcast di YouTube dan terbaru mengambil Mamat Sepah sebagai tetamu undangan.

Boleh dikatakan netizen gemar menonton episod Mamat Sepah di Podcast kerana beliau berkongsi semula detik sebelum bergelar pelawak bersama kumpulan Sepah.

Walau bagaimanapun, jalan penceritaan Mamat di Podcast tersebut mendapat perhatian rakannya, Jep Sepahtu yang memaklumkan ianya banyak ditokok tambah.

Terbaru Shuib mengatakan beliau tidak akan memanggil 2 individu ke Dol’s Podcast dan salah satunya adalah Rahim Sepahtu.

Tak, tak memang takkan panggil. Terus terang je aku cakap. Ada 2 nama ni memang aku xkan panggil. InsyaAllah

Kenyataan Shuib itu mengundang reaksi kurang baik dari Netizen sedangkan Rahim sanggup datang teman dan membantu semasa pengebumian arwah Siti Sarah dahulu.

image is not available

Harap Shuib, Jep dan Rahim kembali berbaik dan bergabung untuk apa-apa program. Ramai yang nak tengok kalian bersama semula.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – X


The post Shuib Tidak Akan Panggil Rahim Sepahtu Sebagai Tetamu Podcast appeared first on Oh! Media.