Shuib Ubi Sedar Tentang Isu Gagal Bayar KWSP Pekerja Bubble Bee Tapi Belum Sedia Jawab?

10 Nov 2023 • 7:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari ini kecoh tentang satu surat terbuka daripada seorang individu yang mendakwa syarikat minuman Bubble Bee milik pelawak, Shuib Ubi gagal membayar KWSP pekerja.

Bagaimanapun, ini hanyalah pendedahan daripada sebelah pihak dan kita masih menantikan kenyataan rasmi daripada Shuib mahupun wakil syarikat Bubble Bee.

Dalam satu laporan pihak Harian Metro pula, mereka berjaya menghubungi Shuib tetapi malangnya dia tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung isu ini.

Berkenaan perkara itu saya akan jelaskan petang ini. Saya mohon maaf kerana tidak dapat beri sebarang kenyataan sekarang ni.

Shuib kata petang tadi, bagaimanapun setakat artikel ini ditulis pada jam 7.50 malam, 10 November 2023, masih tiada sebarang penjelasan rasmi dikeluarkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.