Shukor tuntut komitmen penuh pemain

LocalFootball
5 Nov 2026 • 5:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shukor tuntut komitmen penuh pemain

 

PUTRAJAYA – Jurulatih skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara, Shukor Adan mahu anak buahnya tampil lebih serius dalam baki tiga hari persiapan sebelum memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-17 tahun, Ahad ini.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu akui gembira melihat komitmen pemain sepanjang dua minggu latihan dan percaya segalanya berjalan mengikut perancangan.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar. Sekali pun ada ‘cacat’ (kelemahan), sekarang kita masih ada tiga hari lagi persiapan sebelum menentang Palestin.

“Motivasi terlalu baik, semalam pun pemain berjumpa dengan Datuk Ab Ghani Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dia beri kata-kata motivasi yang agak baik untuk pemain,” katanya.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan cabaran menentang Palestin pada Ahad ini, diikuti Singapura (14 November), Guam (17 November) dan India (20 November).

Kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Hanya juara kumpulan akan layak automatik ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan. – KOSMO! ONLINE

The post Shukor tuntut komitmen penuh pemain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved