Si Ibu Didenda RM20,000 Kerana Mendera Anak Perempuannya Di Sibu

4 Jul 2023 • 12:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang ibu sanggup mendera anak kandung perempuannya di Sibu

Si Ibu Didenda RM20,000 Kerana Mendera Anak Perempuannya Di Sibu. Seorang wanita didenda sebanyak RM20,000 kerana mendera anak perempuannya yang berusia 10 tahun dengan menusuknya menggunakan kaca pecah dan memukulnya dengan kayu.

Menurut laporan, wanita berusia 28 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Afidah Abdul Rahman.

Hakim menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dengan denda sebanyak RM20,000 atau jika gagal membayar, penjara selama 12 bulan.

image is not available
Sumber: siraplimau

Selain itu, dia diarahkan untuk berkelakuan baik selama dua tahun, membayar ikatan jamin sebanyak RM10,000, mempunyai seorang jaminan tempatan, dan menjalani Perintah Kehadiran Wajib selama 60 jam secara keseluruhan dalam tempoh enam bulan.

Terjadi di pangsapuri, anak perempuan nya mengalamai kecederaan teruk

Tertuduh dituduh kerana mendera anak perempuannya di sebuah pangsapuri di Siburan pada kira-kira jam 8 malam pada 19 Mei, di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.

image is not available
Sumber: siraplimau

Dipercayai, anak perempuannya mengalami kecederaan yang serius dan teruk akibat penderaan si ibu tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: