
Sejak akhir-akhir ni, boleh dikatakan hampir setiap masa kita akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas. Nak-nak pula apabila sekarang ni sedang berlangsungnya musim cuti sekolah, lagi lah bertambah bilangan kenderaan atas jalan raya tu kan?
Disebabkan itulah kita kena sentiasa berjaga-jaga setiap kali ingin menukar lorong dan diwajibkan untuk kita memberikan signal setiap kali ingin menukar lorong supaya tidak berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Cermin sisi ‘terbang’ disepak rider motor
Tular di Facebook satu rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang rider yang menendang cermin sisi sebuah kenderaan Porsche ketika ingin mengubah lorong pemanduannya sewaktu kesesakan lalu lintas.
Dapat dilihat kereta Porsche yang sudah memasang lampu signal dengan lebih awal itu mengalami kesukaran untuk menukar lorong kerana keadaan lalu lintas yang agak sesak ketika itu.
Meskipun pemandu kenderaan mewah tersebut sudah berhati-hati dan tidak terus menukar lorong pemanduannya, dengan secara tiba-tiba cermin sisi kenderaannya ditendang sehingga terpelanting oleh seorang rider motosikal.
Tak perlu tendang pun boleh
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan rider motor tersebut dan memihak kepada pemandu kereta Porsche tersebut.




Selagi boleh elak, kita elaklah. Tak perlu sampai nak menendang-nendang harta orang tu.
Kredit: Facebook
The post “Sian Member Hilang Side Mirror” – Dah Bagi Signal Untuk Tukar Lorong, Rider Sepak Cermin Sisi Porsche Dikecam Netizen appeared first on Oh! Media.


