Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang

10 Aug 2022 • 11:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kabin yang disediakan memang betul-betul comfy!

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang. Sekiranya anda berada di Kundasang, Sabah dan ingin mencari tempat yang rileks untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan anda, Komfy Cottage adalah tempat untuk anda!

Selain kabin, anda boleh juga melawati Komfy Kafe yang menyediakan hidangan menarik dan sedap!

image is not available
Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang

Berehat dengan pemandangan Gunung Kinabalu di luar tingkap anda

Kabin yang disediakan adalah fully furnished dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pemanas air, tuala, kettle elektrik serta katil yang ber-standard hotel!

Setiap kabin disediakan dengan katil bersaiz queen dan katil super single yang boleh muat untuk 3 orang. Namun sekiranya kumpulan anda mempunyai lebih daripada tiga orang, pihak pengurusan boleh membantu dengan menyediakan tilam tambahan (cas tambahan akan dikenakan).

Tempat ini juga mesra kereta kerana setiap kabin mempunyai tempat letak kereta di hadapan kabin.

Sesuai untuk menenangkan minda, anda boleh menikmati udara segar dan pemandangan Gunung Kinabalu di luar balkoni kabin dan taman luar mini Komfy Cottage! Bestnya!

image is not available
Taman mini di Komfy Cottage. Kredit foto: FB Komfy Cottage Kundasang

Terdapat juga kafe yang menghidangkan makanan sedap

Jika anda tidak mahu bermalam tapi ingin melawat Komfy Cottage pada hujung minggu untuk menikmati pemandangan serta bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan anda, anda boleh memilih untuk melawati kafe mereka iaitu Komfy Kafe!

Antara makanan yang boleh dinikmati adalah coney dog, OMG Fries (kentang goreng + sos), spaghetti bolognese dan… Laksa Sarawak! Wow, jauh-jauh di Kundasang pun ada Laksa Sarawak gais!

Jika anda berminat untuk bermalam di sini, anda boleh menghubungi pihak pengurusan Komfy Cottage untuk menempah. Apa tunggu lagi? Jom ke Komfy Cottage Kundasang!

Masa operasi Komfy Kafe: 8AM – 5PM
Bayaran: RM250 (weekday) | RM280 (weekend)
Pertanyaan/tempahan: WhatsApp +601156933710

Lagi di sini: