Siap ada konvo! Haqiem Stopa lulus ujian JPJ, seloroh boleh bawa ‘junior’ jalan2

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 9:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial yang dulunya terkenal dengan jolokan ‘ikon permotoran’, Haqiem Stopa lulus ujian JPJ kereta sehingga menarik perhatian ramai platform TikTok.

Menerusi hantaran dikongsikan Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, hari ini, dilihat pempengaruh itu bersama isteri tercinta, Aireena Sofia.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Haqiem bergambar dengan isteri sambil memegang sekeping papan tanda bertulis ‘Yahooo JPJ Test Done!’.

image is not available

image is not available

Haqiem Stopa lulus ujian JPJ

Dalam hantaran yang sama, Haqiem berseloroh dan memberitahu dia lulus ujian memandu dengan jayanya tanpa bantuan daripada ‘orang dalaman’.

“Settle without cable,”tulisnya ringkas.

image is not available

Sementara itu, di ruangan komen, Haqiem juga berseloroh boleh membawa ‘stopa junior’ jalan-jalan pada masa akan datang.

image is not available

Kenapa dulu takda konvo?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira, namun meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak merasai ‘jubah konvo’ sebaik sahaja lulus ujian memandu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Pada Julai 2022, nama Haqiem Stopa pernah menjadi bualan ramai selepas tular dakwaan ‘kantoi kena saman’ kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Bagaimanapun Haqiem menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal sebaliknya ditahan ketika memandu kereta dan hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen

View Original Article