Siap Ada Pesta Air Dan Pelbagai Aktiviti Menarik, Karnival Sibu Jaya Berlangsung Hingga 8 Oktober Ini

17 Sep 2023 • 3:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Karnival Sibu Jaya bermula dari 16 September hingga 8 Oktober ini.

Siap Ada Pesta Air Dan Pelbagai Aktiviti Menarik, Karnival Sibu Jaya Berlangsung Hingga 8 Oktober Ini. Dilaporkan bahawa Karnival Sibu Jaya yang baru sahaja berlangsung semalam pada 16 September, akan mengadakan Acara Fiesta Air pada tahun ini yang dijangka akan disambut meriah.

Acara Fiesta Air pada Karnival Sibu Jaya ini merupakan salah satu pesta yang dinanti-nantikan oleh orang ramai serta boleh menjadi daya tarikan pelancong dari luar Sarawak.

image is not available
Siap Ada Pesta Air Dan Pelbagai Aktiviti Menarik, Karnival Sibu Jaya Berlangsung Hingga 8 Oktober Ini. Kredit Foto: Info SibuJaya

Satu-satunya pesta air yang diadakan di Sarawak

Merupakan satu-satunya pesta air yang diadakan di Sarawak, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai, berharap agar Acara Fiesta Air ini boleh diadakan secara meriah ala-ala ‘Songkram Water Festival’ di Thailand.

Pada tahun lepas sahaja, pesta air ini telah berjaya menarik seramai 5,000 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk Sibu Jaya, bandar Sibu dan dari luar Sibu.

image is not available
Kredit Foto: Info SibuJaya

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah

Selain daripada pesta air tersebut antara acara lain yang ada pada Karnival Sibu Jaya kali ini termasuklah Sibu Jaya Semi Marathon 2023, memperkenalkan Ratu Etnik Sibu Jaya, Pertandingan Poco-Poco Kreatif, Pertandingan Menghias Kek Cawan dan Kelas Tarian Tango, pendaftaran ‘Kenyalang Gold Card, Bantuan Khas Warga Emas, Pertandingan Baling Damak dan juga ada jualan meriah di gerai-gerai tapak Pesta Ria

Karnival ini akan diakhiri dengan acara utamanya pada 7 Oktober dengan Sibu Jaya Semi-Marathon, Fiesta Air dan Konsert Karnival Sibu Jaya 2023 yang bakal dihadiri Premier Sarawak.

Taknak terlepas event menarik di Sarawak tahun ni? Lihat senarai ini: