“Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]

TechnologyDigital
23 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Aim Zulhashim berkongsi keterujaannya selepas menggunakan aplikasi ChatGPT bagi menghasilkan cabutan bertuah interaktif.

Dia tidak menyangka platform Kecerdasan Buatan (AI) itu juga boleh menghasilkan cabutan bertuah seperti yang dijana olehnya bagi sebuah majlis makan malam Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Aku tak sangka langsung yang ChatGPT boleh buat aplikasi cabutan bertuah. Mungkin banyak lagi benda yang aku belum explore tentang penggunaan AI ni.

“Yang ni pun last minit punya kerja. Sebab tengah boring, jadi saja ajak ChatGPT borak-borak. Asal rancangnya nak guna je app yang ada dalam website. Sekali dia sediakan aku benda ni. Siap ada sound effect.

“Dan ia berfungsi dengan baik! Client pun suka,” kata Aim di ruangan kapsyen.

View on Threads

Tiada Prompt Khusus Untuk Hasilkan Cabutan Bertuah Interaktif Guna ChatGPT

Menurut Aim di bebenang hantaran itu, dia tidak mempunyai sebarang prompt (arahan) khusus untuk menghasilkan cabutan bertuah tersebut.

“Sebenarnya benda ni saya tak prompt apa-apa pun. Saya asalnya hanya nak minta ChatGPT asingkan nama peserta cabutan bertuah dari fail Excel dan tiba-tiba dia (ChatGPT) tanya saya benda ni.”

Dalam foto dikongsi, kelihatan ChatGPT bertanya kepada Aim sama ada dia mahukan bantuan dalam menghasilkan Lucky Draw interaktif.

“Bila semua dah sedia, saya akan buka di Google Chrome atau browser. Sejujurnya saya tak reti langsung bina app ni memandangkan saya bukanlah pereka web atau app. Jadi dengan penerangan ni, dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada korang yang nak mencuba,” tambahnya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Hasil Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’, Tak Ada Idea Original – Kajian

ChatGPT Beri Pilihan Pelbagai Jenis Cabutan Bertuah Mengikut Kesesuaian Masing-masing

Menerusi semakan kami sendiri di ChatGPT, ya memang betul aplikasi AI itu ada menyediakan perkhidmatan membina cabutan bertuah interaktif sendiri.

Pengguna boleh memilih jenis dan style cabutan bertuah pilihan masing-masing sebagai contoh:

  • Cabutan nama secara rawak – sesuai untuk giveaway secara kecil-kecilan
  • Roda cabutan bertuah interaktif – hos akan tekan butang “Mula Cabutan” dan roda berpusing lalu berhenti pada nama pemenang
  • Cabutan bertuah dengan paparan nama pemenang – sistem memaparkan nama pemenang satu per satu, mengelakkan nama yang sudah dipilih menjadi pemenang lagi

Anda juga boleh menambah bunyik efek atau animasi sekiranya berminat.

ChatGPT Boleh Bantu Bina Aplikasi Atau Website Cabutan Bertuah Interaktif

Pengguna boleh pilih sama ada mahu bermain cabutan bertuah melalui ChatGPT sahaja, ataupun ChatGPT boleh membina aplikasi atau laman web interaktif lain yang tersedia dengan butang, animasi dan fungsi cabutan.

Bezanya, paparan roda berpusing dan pengalaman interaktif bagi cabutan bertuah secara langsung dari ChatGPT adalah lebih terhad.

Menerusi akaun ChatGPT penulis sendiri, AI telah bertanya beberapa soalan sebelum membantu membina cabutan bertuah antaranya:

  • Untuk kegunaan apa?
  • Berapa orang calon pemenang?
  • Mahukan gaya cabutan bertuah macam mana?
Image from: “Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]

“Memang Impress, Cantik Interface” – Emcee Majlis

Menjengah ke ruangan balas Threads, rata-rata orang ramai turut tidak sangka ChatGPT boleh menghasilkan web lain khusus untuk cabutan bertuah interaktif.

“Fuh serius tadi terkejut bang masa waktu sebenar acara. Memang mengagumkan. Cantik interface, interaktif dan laju. Masa sesi raptai pakai jenis spin the wheel kan? Sempat ye buat (versi baharu)? Apa-apa pun padu bang” Best kerja dengan team teknikal baru,” kata pengacara majlis.

Sementara itu, ramai juga berkongsi kemudahan lain yang boleh diselesaikan menggunakan kemudahan AI.

“Memang syok. Kita cuma perlukan idea. Kalau setakat guna (untuk kegunaan) sendiri, tak perlu domain pun tak apa. Setakat ni, banyak invoice, resit semua buat app sendiri je (guna ChatGPT),” kata seorang lelaki.

“Betul bang. Saya pun pernah buat tiga bulan lepas macam ni. Memang berguna. Sekarang dah ada tiga webapp. Tapi saya guna claude (platform AI) lain,” tambah seorang lagi individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]
Image from: “Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]
Image from: “Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]
Image from: “Siap Ada Sound FX!” – Lelaki Kagum ChatGPT Juga Boleh Hasilkan Web App Cabutan Bertuah Interaktif [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Sesuai Untuk Murid Visual” – Cikgu Kreatif Hasilkan Video AI Kaitkan Matematik Dengan Kehidupan Seharian Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Jadikan New Wiki” – Netizen Persoal Kenapa Pensyarah ‘Marah’ Pelajar Guna AI, Lecturer Kongsi Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: KPT Tiada Halang Penggunaan ChatGPT Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Tinggi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved