Siap Ada Tanjak, Empat Robot Menari Zapin “On Point” Buat Ramai Kagum

LocalTechnology
15 Jan 2026 • 5:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Siap Ada Tanjak, Empat Robot Menari Zapin “On Point” Buat Ramai Kagum

Dalam era moden sekarang, kewujudan robot yang boleh bergerak seperti manusia bukan lagi sesuatu yang pelik.

Kita boleh lihat robot berjalan, menggerakkan tangan, malah meniru ekspresi manusia dengan mudah.

Lebih menarik lagi, ada juga robot yang mampu bercakap dan dilengkapi kecerdasan buatan (AI), menjadikan mereka boleh berinteraksi serta berkomunikasi dengan manusia seperti rakan sendiri.

Perkembangan ini jelas menunjukkan betapa pesatnya kemajuan teknologi dalam kehidupan seharian kita.

Menari tarian zapin siap ada tanjak

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan empat robot berbentuk manusia sedang mempersembahkan tarian zapin sempena sebuah majlis pelancaran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @haicubab di TikTok, persembahan tersebut berlangsung semasa pelancaran pusat AI dan robotik pertama di Malaysia, AI World Experience Centre oleh syarikat Agibot di i-City, Shah Alam.

image is not available

Apa yang lebih menarik lagi, robot-robot tersebut menari zapin dengan iringan lagu ‘Zapin Melayu’ yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Lesti Kejora.

Biarpun tidak setanding kelembutan manusia, persembahan tarian mereka jelas kemas serta seragam antara satu sama lain.

Video berdurasi 00:35 saat itu memaparkan robot-robot berkenaan turut dipakaikan tanjak sebagai pelengkap persembahan.

“Nasib baik robot-robot tu tak masuk step kopak,” ujar @haicubab di ruangan kapsyen.

Video tersebut mendapat 399.7k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa kagum dengan teknologi yang semakin canggih dan keupayaan robot-robot itu menari tarian zapin.

Dalam masa sama, mereka berpendapat gerakan robot kelihatan tidak kaku dan begitu gemalai, seolah-olah dilakukan oleh penari sebenar.

Ada juga yang berseloroh bahawa ungkapan ‘menari macam robot’ tidak lagi sesuai dijadikan ejekan bagi mereka yang kurang mahir menari.

image is not available

“Ni jangan tersadung je. Takut tersadung tak jadi zapin tapi jadi Led Zeppelin,” komen seorang wargamaya.

“Terluka hati hamba melihat ini… dah bertahun tak menari zapin, risau lebih keras dari robot – robot ni,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Awas, Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri, 2 Wilayah Hingga Petang Ini
BACA: US Embassy KL Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa, Netizen Bergurau “Kami Tak Ada Minyak, Ada Sawit Je”
@haicubab

Nasib dia tak masuk step kopak je tau rerobot nih hahahahaaha Comel je menari guna lagu @Lesti Kejora Korang boleh pergi AI World Experience Centre I-City, Shah Alam tauuuuu…bestt boleh bercakap dengan robot #robot #zapinmelayu #lestykejora #agibot #tradisional

♬ original sound – HaiCubab – HaiCubab

Sumber: @haicubab via TikTok

The post Siap Ada Tanjak, Empat Robot Menari Zapin “On Point” Buat Ramai Kagum appeared first on Siakap Keli.