Siap Aksi Terbang-Terbang, Tular Babak Filem Mat Kilau 7 Tahun Lalu, Shuk Sahar Pun Ada

Movie
4 Jul 2022 • 2:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Filem epik Melayu, Mat Kilau melakar sejarah apabila mengutip jumlah tayangan RM39 juta dalam tempoh 10 hari.

Menampilkan Syamsul Yusuf sebagai pengarah, orang ramai memuji filem ini yang dikatakan setanding dengan filem antarabangsa.

Di TikTok, tular perkongsian seorang lelaki memaparkan babak di belakang tabir filem Mat Kilau tujuh tahun lalu.

Pengguna TikTok @thenazfamily mengatakan bahawa filem Mat Kilau sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2014 yang menelan belanja sebanyak RM2.5juta.

image is not available

Filem itu dipercayai menjalani penggambaran semula dengan pengarah dan pelakon berlainan. Punca penggambaran semula dilakukan bagaimanapun tidak dinyatakan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi terbang-terbang pelakon dari atas pokok. Ada juga babak di mana pelakon terjun ke bawah dari bumbung rumah. Lain macam!

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang berseloroh mengenai hasil filem itu apabila Shuk Sahar turut kelihatan di hujung-hujung video.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok @thenazfamily

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.