Siap Bawa Dapur ‘Masak’ Di Stesen Minyak Genting Highland, Geng Kereta Ini Undang Kecaman Ramai!

13 May 2024 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
genting highlands

Viral di media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan pemilik kereta berkumpul di sebuah stesen minyak terletak di Genting Highlands, Pahang.

Paling tak boleh ‘hadam’ apabila sekumpulan anak muda itu siap bawa dapur portable untuk memasak mi segera dan makanan ringan yang lain.

Video asal yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu dipercayai telah dipadam namun tular di aplikasi media sosial yang lain.

@ohmedia Harap pihak berkuasa ambil tindakan. Bahayakan keselamatan orang ramai. #masak #gentinghighlands #sembangentertainment #ohmedia #as ♬ original sound – Oh! Media

Rata-rata mengecam tindakan pemilik kereta yang memasak di kawasan yang mudah terbakar seperti stesen minyak.

Mereka juga dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak polis yang meminta mereka untuk beredar apabila meneruskan acara ‘makan-makan’. Dah alang-alang masak katanya!

image is not available

image is not available

Aktiviti santai-santai itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan ahli kelab kereta Honda Jazz. Mereka sempat memasak, makan dan bergambar sebelum diserbu polis peronda.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.