Siap bawa pisau! Aliff Syukri takut, disergah lelaki tak dikenali mahu buka zip seluar

LocalEntertainment
20 Aug 2024 • 10:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri takut apabila seorang lelaki tidak dikenali datang sergah dan menggangu ketika berada di tempat awam.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di The Strand, Kota Damansara, Selangor dan perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya, hari ini.

Aliff Syukri takut disergah lelaki tak dikenali

Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, individu tersebut dipercayai warga asing dilihat memegang pisau di tangan kiri.

Dakwanya, lelaki berkenaan dikatakan mahu melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

“Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! Siapa yang pernah kena macam saya ni? saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.
“Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya.

image is not available

Dalam video tersebut, Aliff juga sempat mengertak lelaki berkenaan yang dirinya akan memanggil polis.

‘Aku panggil polis nanti’

Tambah Aliff, lelaki berkenaan menyergah dirinya sewaktu mahu turun kenderaan daripada parkir.

“Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun daripada parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya.

image is not available

Hati-hati, lapor polis

Perkongsian itu menarik perhatian warganet dan rata-rata netizen meminta Aliff supaya berhati-hati di masa akan datang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Takut betullah sekarang ni. Di mana-mana pun dah tak selamat, harap semua jaga diri dan lapor pada pihak polis jika diganggu orang tak dikenali.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris