Siap Bawa Samurai, Kedai Di Batu 11 Dedah CCTV Rakam Sekumpulan Individu Rembat Barangan Kedai

4 Jun 2023 • 8:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dilaporkan bahawa kejadian berlaku malam tadi

Siap Bawa Samurai, Kedai Di Batu 11 Dedah CCTV Rakam Sekumpulan Individu Rembat Barangan Kedai. Baru-baru ini telah tular satu rakaman CCTV di salah sebuah kedai di Kuching ini.

Dalam rakaman video yang telah dikongsi di laman Facebook, kelihatan sekumpulan individu tidak dikenali mencuri barangan di dalam kedai.

image is not available

Sekumpulan individu menyerbu sambil membawa senjata berbahaya.

Berdasarkan pemantauan daripada kamera litar tertutup, sekumpulan individu yang belum dikenal pasti identitinya menyerbu masuk ke dalam premis tersebut melancarkan aksi merampas barangan.

Lebih mengejutkan salah seorang daripadanya membawa samurai dan mengugut pekerja di kedai tersebut. Lihat video di bawah:

Menerusi kongsian rakaman CCTV tersebut, difahamkan bahawa kejadian mendebarkan itu berlaku sekitar 12 pagi semalam.

Walau bagaimanapun, masih belum ada laporan rasmi dari pihak polis berkenaan dengan insiden ini.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: