“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Design
17 May 2024 • 5:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan, setiap orang pasti mempunyai kreativiti tersendiri yang berbeza-beza mengikut pemikiran serta kemahirannya.

Manusia yang kreatif juga merupakan orang yang mampu berfikir secara kritis dan dapat melihat sesuatu dari sudut yang berbeza iaitu di luar kotak pemikiran individu lain.

Pasti korang mahupun rakan korang pernah menggunakan sesuatu alatan atau barangan untuk fungsi yang lain bukan?

Tular ‘wireman’ guna fan regulator jadi suis lampu

Begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang pendawai elektrik ini, apabila berjaya menukar pengatur kecepatan kipas angin (fan regulator) menjadi sesuatu yang lain daripada fungsi asalnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mnaseem1401, seorang lelaki menunjukkan fan regulator yang dilekatkan di dinding sebuah rumah itu telah ditukarkan menjadi suis lampu.

Siap boleh ubah kecerahan cahaya lampu

Lebih menarik lagi, fan regulator yang telah menjadi suis lampu pendarflour atau kalimantang itu juga mampu mengubah kecerahan cahaya.

Dalam video terbabit, lelaki yang dipercayai tuan rumah itu memutarkan tombol fan regulator berkenaan untuk menunjukkan lampu terbabit boleh dilaras cahayanya.

Nak tidur bagi gelap, nak menyembang bagi cerah

Malah, dia turut berkata bahawa cahaya lampu itu boleh dilaras mengikut keadaan di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang mahupun tidur.

“Lampu ni boleh slow (malapkan) dan terangkan. Ini paling tak terang untuk lampu tidur, ini lampu kalau belum nak tidur dan ini lampu kalau nak bersembang,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya fan regulator itu selamat untuk dijadikan sebagai suis lampu kalimantang.

Ramai terhibur lihat kreativiti wireman terbabit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat kreativiti yang dilakukan oleh wireman terbabit yang menukarkan fan regulator menjadi suis lampu.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga berseloroh dengan menyatakan ingin menggunakan khidmat juruelektrik terbabit untuk melakukan perkara sama pada suis kipas di rumahnya.

image is not available

image is not available

image is not available