Siap Ceroboh Dewan Bedah, Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Direman 2 Hari

9 Aug 2024 • 3:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja berusia 14 tahun telah menyamar jadi doktor

Siap Ceroboh Dewan Bedah, Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Direman 2 Hari. Dilaporkan bahawa, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS), telah direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman berkenaan telah dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret pada pagi ini.

image is not available
Sumber foto: Siap Ceroboh Dewan Bedah, Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Doktor Direman 2 Hari

Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan

Tahanan reman ke atas remaja tersebut adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Jika disabit kesalahan, remaja itu boleh dikenakan hukuman bagi menceroboh serta boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, manakala hukuman bagi menyamar penjawat awam, boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, satu Malaysia gempar apabila mendapat tahu berita mengenai seorang remaja telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.

image is not available
Sumber foto: Utusan Malaysia

Berpakaian lokap berwarna oren

Remaja berkenaan kemudiannya telah tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi hari ini dengan berpakaian lokap berwarna oren dengan diiringi pihak polis.

Turut difahamkan juga, tiada kelibat ibu atau bapa remaja berkenaan di perkarangan kompleks mahkamah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi HSIS, di sini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/darah-bertukar-hijau-akibat-minum-alkohol

https://www.iloveborneo.my/sarawak-tolak-campur-tangan-penyimpanan-karbon