Siap Lipat Baju Dicuri, Pemilik Kedai Dedah Rakaman CCTV Wanita ‘Rembat’ Pakaian Di Plaza Merdeka

16 Mar 2023 • 10:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba sahaja dia ambil pakaian berkenaan.

Siap Lipat Baju Dicuri, Pemilik Kedai Dedah Rakaman CCTV Wanita ‘Rembat’ Pakaian Di Plaza Merdeka. Semalam, tular di TikTok video seorang wanita yang telah bertindak mencuri sepasang pakaian di kedai baju dekat pusat beli belah Plaza Merdeka, Kuching.

Dalam video yang didedahkan oleh kedai berkenaan, wanita tersebut dilihat mengambil sepasang baju kurung berwarna putih.

image is not available
Siap Lipat Baju Dicuri, Pemilik Kedai Dedah Rakaman CCTV Wanita ‘Rembat’ Pakaian Di Plaza Merdeka. Sumber foto: TikTok lemaridateenplazamerdeka

Selamba melipat pakaian berkenaan sebelum mencurinya

Dia kemudiannya selamba meletakkan pakaian dicuri itu dalam sebuah beg plastik dan sempat melipat baju itu sebelum keluar dari kedai berkenaan.

Wanita tersebut juga dilihat telah memandang ke arah CCTV berkenaan namun tetap meneruskan perbuatannya mencuri pakaian tersebut.

image is not available
Sumber foto: TikTok lemaridateenplazamerdeka

Netizen juga geleng kepala lihat perbuatannya

Di bahagian komen pula, netizen rata-ratanya berpendapat bahawa wanita tersebut selamba sahaja mencuri pakaian tersebut tanpa memikirkan kesalahannya.

Ingat, jenayah membawa padah, perbuatan mencuri adalah satu jenayah yang boleh dihukum di bawah undang-undang negara kita. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: