Siap makan, tidur! Penganggur mengaku salah ceroboh kediaman Nabil Ahmad

29 Aug 2023 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang penganggur berusia 31 tahun mengaku bersalah apabila menceroboh rumah selebriti terkenal, Nabil Ahmad selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Kejadian tahun lalu

Memetik laporan dari Harian Metro, Fadzril Aqmal Abdul Anif yang tidak diwakili peguam telah melakukan perbuatan tersebut pada 7.50 malam, 4 Januari 2022 di Kampung Senama Tengah.

image is not available

Boleh dipenjara 10 bulan kalau gagal bayar denda

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh telah didenda RM3,000 dan mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

image is not available

Menerusi siasatan, tertuduh telah menceroboh rumah berkenaan dengan menolak pintu, selain makan, berehat dan tidur di dalamnya.

Selepas ‘kantoi’ menceroboh rumah berkenaan, adik kepada Nabil Ahmad yang ditugaskan menjaga kediaman tersebut telah bergegas ke sana bagi memeriksa rumah tersebut.

Sumber: Harian Metro (Abnor Hamizam Abd Manap)