Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir

Family & Parenting
19 Oct 2026 • 6:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir

KAHERAH – Seorang bayi menarik perhatian di internet  susulan klip video tular menunjukkan dia berbaring dalam gaya yang sangat santai hanya beberapa minit selepas dilahirkan, lapor laman berita NDTV semalam.

Muka tenang dan gaya comel bayi itu menghiburkan pengguna media sosial, dengan ramai netizen bergurau bayi kecil itu sudah tahu cara untuk mengelakkan tekanan.

Klip video itu dikongsi di media sosial oleh pakar kanak-kanak dan neonatal yang menetap di Kaherah, Dr Islam Eldeh.

Rakaman menunjukkan bayi baru lahir itu seperti berehat, dengan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dan sebelah kaki bersilang di atas kaki yang lain. 

Berbeza dengan gambaran biasa bahawa  bayi baru lahir menangis sejurus selepas dilahirkan, bayi itu kelihatan begitu  tenang.

“Bayi  baru lahir ini sampai ke dunia dalam keadaan sudah bebas daripada tekanan,” kata soerang netizen.  – AGENSI 

The post Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved