Siap Tutup Mata Sambil Menari Atas Buluh, Netizen Kagum Dengan Persembahan Di Imago Mall Sabah Ini

8 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Review tarian siap dalam bahasa Korea lagi!

Siap Tutup Mata Sambil Menari Atas Buluh, Netizen Kagum Dengan Persembahan Di Imago Mall Sabah Ini. Di TikTok baru-baru ini, terdapat sebuah video dikongsikan oleh @bin_ssaem/ Kelbin di mana sekumpulan penari tradisional berbakat dari Sabah yang telah membuat persembahan di sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam video berkenaan penari-penari tersebut mempersembahkan tarian tradisonal Magunatip oleh suku kaum Murut di Sabah. Tarian ini bukan mudah kerana salah seorang penari perlu menari di atas buluh yang digerakkan dengan lancar bagi mengelak daripada kaki tersepit.

image is not available
Siap Tutup Mata Sambil Menari Atas Buluh, Netizen Kagum Dengan Persembahan Di Imago Mall Sabah Ini. Gambar tangkap layar dari TikTok @bin_ssaem

Menari sambil matanya ditutup menggunakan kain

Apa yang uniknya dalam video TikTok berkenaan adalah penari yang menari di atas buluh itu telah menutup matanya menggunakan kain dan menari dengan ‘on point‘ walaupun tidak nampak apa-apa!

Video TikTok oleh Kelbin itu kemudiannya diiringi dengan Kelbin bertutur dalam bahasa Korea memuji kehebatan pneari tersebut.

Kelbin berkata, ”POV: Anda pelancong Korea yang sedang melawat Imago Mall pada masa lapang ketika percutian anda”. Kelbin merupakan seorang TikToker yang aktif mengajar bahasa Korea di akaun media sosial beliau.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @bin_ssaem

Sabah destinasi melancong popular di kalangan pelancong Korea Selatan

Untuk pengetahuan, Sabah merupakan salah satu destinasi yang amat popular dikalangan penduduk Korea Selatan untuk melancong. BTS pun pernah melancong di Kota Kinabalu, Sabah pada satu ketika dahulu tau!

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya netizen berasa kagum dengan bakat penari tersebut dan mengatakan penari tersebut memang hebat!

Baca komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @bin_ssaem

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @bin_ssaem

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

View Original Article