Siapa Bang Jamal Yang Cuba Scam Duit Baby Shima? Lesap Sampai Call Tak Jawab Dan WhatsApp Tak Balas

Entertainment
28 Oct 2022 • 10:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Baby Shima - Gambar Instagram Baby Shima

Nampaknya kontroversi dan Baby Shima memang tidak dapat dipisah! Terbaharu, penyanyi yang terkenal dengan imej menggoda ini telah melepaskan geram terhadap seorang jejaka bernama Bang Jamal. 

Hal itu membuatkan ramai tertanya-tanya, apa sebetulnya yang terjadi. Siapa Bang Jamal dan apa kaitannya dengan Baby Shima?

Menerusi hantaran di Instagramnya, Baby Shima meminta Bang Jamal untuk kembalikan wangnya, tetapi jumlah wang tersebut tidak disertakan.

“Bang Jamal, balikkan duit Shima, secepatnya. Call tak jawab, Whatsapp tak balas. Cukup-cukuplah menipu. Dengar cerita ramai orang awak scam,” katanya. 

Oh, Bang Jamal ni scammerkah? Tapi, macam mana si Baby Shima boleh terkait dengan Bang Jamal? 

“Shima bagi 24 jam, jika tidak Shima akan buat report polis dan dedahkan muka awak!” katanya lagi. 

Wah, bunyinya macam serius sahaja! Harap-harapnya Baby Shima akan dapat semula wangnya daripada si Bang Jamal ini. - Getaran, 28 Oktober 2022