“Siapa buat Marissa Dania menangis, bagitau mama datang!” – Abby Abadi

EntertainmentFamily & Parenting
4 Jul 2024 • 6:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi yang menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-19 tahun telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abby di laman Instagramnya, dia yang menzahirkan ucapan istimewa buat Marissa tidak menyangka anak perempuannya itu telah membesar menjadi seorang wanita dan anak baik untuk keluarga.

Abby Abadi

image is not available

Dalam perkongsian itu juga, aktres yang berusia 47 tahun tersebut akan sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan dan memberi amaran kepada orang lain supaya tidak menganggu emosi anaknya.

“Sanah Helwah Marissa Dania, mama sayang adik sangat-sangat. Semoga adik sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah

“Sekejap je masa berlalu, 19 tahun dah umur anak mama. Tak puas lagi Mama jaga adik tapi mama yakin, anak mama anak yang baik, yang jaga solat dan aurat. Allah sentiasa bersama anak mama.

“Sentiasa semat dalam hati, mama abah, papa mummy, adik beradik lain semua sayang adik sangat-sangat tau! Siapa buat Adik nangis, bagitau mama datang!” ujarnya.

Abby Abadi

image is not available

image is not available

Happy birthday Marissa!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan hari lahir buat Marissa dan berharap dapat menjadi anak solehah buat kedua ibu bapanya.

image is not available image is not available image is not available

Cantiknya Abby dan Marissa..macam adik dan kakak!

image is not available

Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pun begitu, mereka telah berpisah pada 18 Disember 2008.

Sumber: Instagram @Abby Abadi