Siapa 'Diana' Yang Buat Neelofa Bengang Sehingga Minta Suami 'Block' Di TikTok?

11 Aug 2022 • 5:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Neelofa telah menyekat pengguna TikTok dikenali sebagai Diana kerana mengaitkan inai keluarannya dengan seorang selebriti popular - Gambar dari Instagram Nunha

Tular di media sosial apabila keratan video dari sesi ‘live’ TikTok Neelofa dan suaminya PU Riz memaparkan usahawan itu dalam keadaan bengang dengan salah seorang netizen yang bernama Diana.

Dalam video itu, Neelofa meminta supaya PU Riz menyekat pengguna TikTok berkenaan yang dikatakan meninggalkan komen berbaur provokasi.

“Tolong ‘block’ si Diana ni. Serabut la komen dia,” kata Neelofa dalam sesi ‘live’ itu. 

Difahamkan pengguna TikTok bernama Diana itu telah mengaitkan nama seorang selebriti popular dengan inai yang dijual Neelofa.

image is not available
Komen Diana di dalam sesi ‘live’ TikTok Neelofa dan suaminya PU Riz.

Netizen mula memberikan reaksi yang pelbagai terhadap tindak balas spontan Neelofa itu yang mahu suaminya menyekat pengguna TikTok berkenaan.

Ada yang menyokong tindakan Neelofa, malah ada juga sebaliknya. Kata mereka sebagai seorang selebriti dan usahawan, Neelofa tidak seharusnya cepat ‘koyak’ dengan komen netizen. 

Apapun, sebagai pengguna media sosial, seharusnya kita tidak meninggalkan komen berbaur provokasi demi menyakitkan hati orang lain. Jadilah pengguna media sosial yang berhemah. 

Dalam kita ghairah menaip kata-kata berbaur provokasi, mungkin kita terlupa bahawa figura seperti Neelofa juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. – Getaran, 11 Ogos 2022