Sumber memaklumkan kumpulan legenda antarabangsa, Linkin Park akan membuat reunion sekali gus melancarkan siri jelajah konsert pada 2025. Memetik artikel Billboard, untuk melengkapkan anggota kumpulan yang kini tinggal tiga iaitu Mike Shinoda, Brad Delson dan Dave Farrell selepas kematian vokalisnya, Chester Bennington, Linkin Park mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat vokalis perempuan. 
“Linkin Park memang alami kesukaran tanpa Bennington tetapi mereka akan kembali. Saya dengar bersama vokalis perempuan,” katanya yang bagaimanpun kemudiannya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Foto: Vanity Fair
Sementara itu, timbul spekulasi bahawa kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End itu akan kembali bersama vokalis perempuan iaitu penyanyi Evanescence, Amy Lee yang dikatakan akan mengantikan tempat Bennington.
“Saya tidak pasti tentang itu, tetapi jika betul ia memang luar biasa,” kata Amy Lee sekali gus menyangkal tentang gosip tersebut.
The post Siapa Ganti Mendiang Chester Bennington? Linkin Park Dilapor Bakal Buat ‘Reunion’ appeared first on Borak Daily.
