“Siapa Makan Cili, Kita Tahu Sendiri Lah” – Sarimah Ibrahim Turut Tak Puas Hati Tengok Pengacara Buat Hal Atas Pentas

16 Oct 2023 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedang hangat dibincangkan kebelakangan ini tentang pengacara di dalam sebuah program realiti, seorang penyampai radio sekaligus pengacara telah terpanggil untuk menyatakan pandangannya di Twitter baru-baru ini.

Sarimah Ibrahim, telah memuatnaik satu status di akaun Twitter peribadinya menyatakan dia tidak suka menonton pengacara berbalah di atas pentas dan dibelakang tabir serta melibatkan hal peribadi mereka dengan kerja.

Ini bukan hal berdebat dan menang. Biarkan bintang di atas pentas menyerlah dan jadi tulang belakang yang positif untuk mereka.

Menurutnya, pengacara merupakan personaliti yang menghiburkan penonton dan bukannya menjadikan pentas itu sebagai panggung mereka sendiri dan membawa hal peribadi.

Bukan itu sahaja, Sarimah juga beranggap pengacara seharusnya menjadi sokongan kepada para penyerta yang ada serta saling berkerjasama dengan mereka.

Ini tidak ditujukan kepada sesiapa dan hanyalah secara umum. Tapi, siapa makan cili..kita tahu sendiri lah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarimah Ibrahim (@sarimahibrahim)

Tidak mahu melibatkan mana-mana pihak, pengacara ini memuatnaik pendapatnya secara general tetapi warganet tetap mengaitkannya dengan isu Kak Lina kebelakangan ini.

Untuk info, Kak Lina telah menarik diri dari menjadi pengacara di salah satu program realiti setelah dikritik oleh penonton tentang personalitinya di atas pentas.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Elly Mazlein Minta Maaf, Tetap Mahu Menjadi Kak Lina Pom Pom Walaupun Teruk Dikecam - "Memang Saya Menggelitat..."