“Siapa Nak Tolong Kutip?” – Konsert Billie Eilish Dipenuhi Sampah, Ramai Samakan Dengan RXZ Members [Video]

Music
19 Aug 2022 • 11:09 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (18 Ogos), berlangsungnya konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Dalam kemeriahan konsert tersebut terdapat juga kekecewaan yang diluahkan sesetengah orang apabila keadaan di luar stadium yang dipenuhi dengan sampah yang ditinggalkan begitu sahaja.

Jika sebelum ini, program permotoran RXZ Members 4.0 2022 dikecam kerana keadaan selepas program itu tamat dipenuhi dengan sampah kini giliran konsert bintang pop tersebut pula untuk terpalit dengan isu yang sama.

Ruangan beratur dipenuhi sampah

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @meranomiii, kelihatan jelas sampah tersebut dibiarkan oleh pengunjung yang beratur semasa menunggu untuk masuk ke dalam stadium.

Pada video sama, kelihatan antaranya plastik makanan selain botol dan cawan kertas yang tidak dibuang di tempat yang sepatutnya.

Pemilik video turut dikecam

Dalam masa yang sama, pemilik video juga tidak terlepas daripada menerima kecaman apabila kapsyen yang ditulisnya “Malay” beserta emoji senyum seolah-olah hanya ingin menyalahi bangsa Melayu dan berbaur perkauman.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, menerusi satu lagi hantaran video berasingan, dia telah telah memohon maaf atas kesilapannya itu serta menjelaskan maksud kapsyen tersebut adalah merujuk kepada orang Malaysia dan bukannya Melayu.

Konsert Billie disamakan dengan program RXZ Members

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penonton yang berbuat demikian selain menyamakan perbuatan itu sama seperti sikap pengunjung pada program RXZ Members 4.0.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: