Siapa Patut Jadi Menteri Belia Dan Sukan Yang Baru? Ini Komen Netizen

Politics
1 Dec 2022 • 9:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Orang ramai masih mahukan Khairy Jamaluddin walaupun beliau tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), 19 November lalu - Gambar The Vibes

KUALA LUMPUR - Dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, orang ramai kini tertanya-tanya mengenai barisan Kabinet Perpaduannya yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, fokus utama di sini ialah siapa yang patut mengalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru dalam kerajaan Perpaduan ini.

Malaysia mempunyai tiga Menteri Belia dan Sukan yang berbeza sejak lima tahun lalu, bermula dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika dilantik di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang pada ketika itu merupakan anggota Kabinet termuda pada usia 25 tahun.

Selepas itu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggantikan Syed Saddiq di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Kemudian jawatan itu diisi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang menjadi menteri di bawah pentadbiran pimpinan Barisan Nasional (BN) dan berkhidmat sehingga November 2022.

Sehubungan itu, wartawan Sukan The Vibes mendapatkan pendapat orang ramai mengenai calon yang berpotensi untuk mengetuai kementerian, dan nampaknya mereka meletakkan harapan tinggi untuk pengganti Faizal. – The Vibes, 1 Disember 2022