Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

27 Apr 2024 • 9:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar media sosial

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik akaun X, HanRunSolo berkongsi imej paku yang ditanam di kawasan bahu sebatang jalan dipercayai di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Beliau memaklumkan kehadiran paku itu disedari seorang mangsa yang sedang berjogging di laluan berkenaan, selepas kakinya cedera akibat terpijak paku terbabit.

image is not available

Pada masa sama, beliau turut berkongsi kecederaan yang dialami mangsa serta gambar paku yang ditanam di sepanjang laluan itu.

image is not available

Dalam ciapannya beliau berkata: "Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Berhati kepada yg berjoging, bawa moto dan kereta di kawasan baru persiaran anggun..kejadian pagi tadi 24/4/24 pukul 7am..Ada manusia yang berhati kotor meletakkan paku di atas jalan raya..tak tahu pada tujuan dan niat sebenar."

image is not available

Susulan itu, beberapa pengikutnya memberikan komen antaranya Faisal Rahim yang berkata: "Innalillahiwainnalillahirajiun. Mental betul yang buat macam ni. Tujuan taknak orang parking depan rumah dia ke apa".

image is not available

Sementara itu, Cikgu pula menciap "Apa benda tu? Mana tahu ada orang tersadung pastu jatuh atas tu benda itu sampai tertusuk ke bebola mata tembus otak, tertusuk ke jantung, tertusuk ke zakar, tertusuk ke peha jadilah sate daging manusia. Bahayanya."

Amin Kalil pula menasihatkan mengambil suntikan kancing gigi:  "Pergi klinik ambil suntikan kancing gigi, bang." - Getaran, 27 April 2024