“Siapa Suruh Bagi Mak Bercinta” – Wanita Tak Sangka Ibu Kahwini ‘Ayah Muda’ Umur 23 Tahun

28 Dec 2022 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ecah Dian yang berkongsi kisah ibunya yang berkahwin sekali lagi lepas bercerai.

Menerusi video tersebut, ibunya yang berusia 60 tahun telah memilih seorang jejaka berusia 23 tahun sebagai suami.

Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah wanita itu turut mendirikan rumah tangga bersama jejaka berusia 28 tahun iaitu 5 tahun lebih tua berbanding bapa tirinya.

Tulah, siapa suruh bagi mama bercinta lepas bercerai. Kan dah dapat ayah muda.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan meraih 554.1K tontonan, 15.7K tanda suka, 496 komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum melihat perbezaan umur mereka dan mendoakan kebahagiaan keluarga itu.

Malah, ada juga warga net yang mengatakan perbezaan umur tidak menjadi satu masalah sekiranya saling menghormati dalam hubungan suami istari.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Pertama Kali Jumpa Ibu 'BF', Gadis Terkejut Disuruh Basuh Pinggan - "Dah Terbayang Kalau Jadi Menantu Nanti"