Siapa ‘tikam’ Ernie Zakri?

EntertainmentMusic
16 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siapa ‘tikam’ Ernie Zakri?

Single terbaharu Ernie Zakri, Sejambak, nampaknya bukan sekadar sebuah karya untuk mengisi ruang dalam perjalanan seninya.

Cik Bunga dengar, lagu ini sebenarnya cukup dekat dengan pengalaman hidup Ernie sendiri, khususnya mengenai sebuah pengkhianatan daripada individu yang pernah dipercayainya.

Sebab itu, tidak hairanlah jika emosi yang disampaikan Ernie menerusi lagu ini terasa begitu mendalam. Ada luka, kecewa dan rasa dikhianati yang seakan-akan diterjemahkan melalui setiap bait liriknya.

Lebih menarik, kisah tersebut turut diselitkan secara simbolik dalam muzik video Sejambak.

Ernie tidak perlu menyebut siapa atau apa yang berlaku secara terperinci. Namun simbolik yang dipaparkan seolah-olah memberi gambaran ada cerita peribadi yang cuba disampaikan.

Cik Bunga rasa, ada sebab mengapa Ernie memilih lagu sebagai medium untuk meluahkan apa yang pernah dilaluinya. Kadangkala, perkara yang terlalu sakit untuk diceritakan lebih mudah diluahkan melalui seni.

Namun, apabila ada yang mula tertanya-tanya siapa gerangan individu yang sanggup ‘menikam’ Ernie begitu, Cik Bunga pun faham rasa ingin tahu itu. Siapa orangnya?

Cik Bunga macam tahu. Tapi, kita zip mulut sajalah!

Biarlah Ernie sendiri menentukan sejauh mana kisah peribadinya mahu dikongsikan. Yang penting, pengalaman pahit itu kini diterjemahkan menjadi sebuah karya yang cukup kuat dan sarat emosi. Cik Bunga pun suka lagu itu.

The post Siapa ‘tikam’ Ernie Zakri? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved