“Siapa Yang Cipta Ni Memang Jahat..” – Ala-Ala Paparan Transaksi Sebenar, Kini Viral Aplikasi ‘QR Code’ Palsu?

LocalTechnology
20 Jan 2025 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform X, tular satu ciapan seorang individu memaklumkan bahawa kini wujudnya aplikasi QR Code palsu.

Aplikasi tersebut membolehkan pembeli menipu peniaga sewaktu proses pembayaran.

Boleh tipu resit QR code?

Malah, paparan transaksi pembayaran yang palsu itu juga akan kelihatan seperti aplikasi paparan transaksi yang benar.

Dapat dilihat, pembeli perlu meletak nama akaun bank serta jumlah yang perlu dibayar jika mahu membuat resit palsu.

Netizen terkejut, beri pesanan kepada peniaga

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana wujudnya aplikasi tersebut kerana ia sememangnya satu kesalahan besar susulan melibatkan duit seseorang.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga menasihati peniaga menggunakan alat audio, di mana membuktikan pembeli sudah melakukan transaksi sah dengan jumlah yang betul.

image is not available 1 day ago

Taktik 'Scam' Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah 'Scan' Kod QR Pada Kertas Saman