
Pada zaman sekarang, didapati ramai golongan-golongan muda yang menghisap ‘vape’, sama ada untuk melepaskan ketagihan merokok ataupun sekadar suka-suka.
Apa yang membimbangkan apabila kanak-kanak dan remaja turut terlibat membeli barangan elektronik tersebut dengan niat untuk mencuba yang mana akhirnya membawa kepada ketagihan sumber nikotin.
Berikutlah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, di mana dia ternampak dua orang budak perempuan dalam lingkungan remaja yang membawa vape pakai buang ataupun lebih dikenali sebagai disposable vape ketika berada di dalam MRT dalam perjalanan pulang ke rumah.
Beberapa hari yang lepas , Aku naik MRT untuk ke stadium bukit jalil. Teman kan wife aku yang fanatik badminton ni untuk tengok Malaysian Masters .
So masa on the way balik … pic.twitter.com/tMNBpqbCfc
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 12, 2022
Menurut pengguna Twitter itu lagi, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang jarang dilihat kerana dia seringkali terserempak dengan remaja yang menghisap vape selepas waktu sekolah.
Perkara itu membuatkan lelaki berkenaan tertanya-tanya sama ada budaya ‘vaping’ telah dinormalisasikan kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun dan pihak mana yang perlu bertanggungjawab berkaitan isu ketagihan vape di negara ini.
Mungkin selepas ini, penjualan vape perlu diperketatkan di Malaysia supaya budaya negatif dapat dielakkan dan kesihatan remaja lebih terjaga.

(VIDEO) "Selamat Ke Tu?" - Hisap 'Nano Spray' Macam 'Vape', Budak Lelaki Ini Bangga Tunjuk Asap Keluar Mulut
The post “Siapa Yang Patut Bertanggungjawab?”- Lelaki Pelik Remaja Perempuan Selamba Hisap ‘Vape’ Dalam MRT first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



