
JAKARTA – Pengguna jalan raya di Indonesia terkejut apabila melihat seorang pekerja kurier mengangkut tangga panjang dengan motosikalnya untuk dihantar kepada pelanggan, lapor laman berita Lambe Tangga.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pekerja terbabit sedang menunggang motosikal sambil membawa barang.
Lebih mengejutkan, salah satu barang yang dibawa termasuk tangga panjang. Ia digantung di sebelah motosikalnya dengan tali.
Menurut perakam, keselamatan pekerja yang membawa barang bersaiz besar perlu diberi perhatian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 33,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siapa yang pesan tangga?” kata seorang netizen.
“Esok saya mahu pesan kambing,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post ‘Siapa yang pesan tangga?’ appeared first on Kosmo Online.
