Siaran Langsung WWE Di Netflix Akan Ke Malaysia Bermula 7 Januari 2025

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WWE Network bakal ditutup pada penghujung tahun ini dengan kandungan bakal dipindahkan ke Netflix dan juga X. Ia akan bermula dengan WWE Raw bermula Januari 2025 dan akan diikuti pula oleh SmackDown, NXT, Wreslte Mania, SummerSlam, dan juga Royal Rumble. Baru-baru ini, butiran lanjut mengenainya telah dikongsi Netflix.

image is not available

Ketika diumumkan pada Januari lepas, kandungan WWE di Netflix ini sepatutnya terhad kepada pasaran Amerika Syarikat, Latin Amerika, Kanada dan UK sahaja. Netflix Malaysia mengesahkan yang pada 7 Januari 2025 jam 9:00 pagi, Monday Night RAW akan disiarkan untuk pengguna tempatan. Menariknya, pengguna Malaysia turut dapat menikmati kandungan ini secara penstriman siaran langsung.

Monday Night RAW untuk Netflix ini turut akan membawakan selebriti WWE ternama seperti John Cena, “The American Nightmare” Cody Rhodes, Roman Reigns, dan CM Punk. Selepas RAW, SmackDown akan disiarkan bermula 11 Januari kemudian NXT dan akan datang Netflix turut menjadi tempat untuk dokumentari eksklusif WWE.

Baru-baru ini Netflix turut bangga dengan kejayaan mereka menyiarkan perlawanan langsung Jake Paul dan Mike Tyson yang mencapai sehingga 60 juta isi rumah menontonnya. Mungkin dengan penawaran WWE, perkara sama akan berulang dan ada potensi untuk meningkatkan jumlah pelanggan juga.