Siasat, bawa mereka ke muka pengadilan: Majlis Tetua KDCA. Pihak sengaja mainkan isu bangsa, agama

4 Apr 2024 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Majlis Tetua Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) membuat laporan terhadap hantaran pada Facebook Suara Anak Sabah S.A.S. yang didakwa sengaja memainkan isu bangsa dan agama dengan menghina masyarakat Kristian dan Batu Sumpah Keningau.

Pengerusi Majlis Tetua KDCA, Datuk Stephen Sondoh berkata pelaku menunjukkan rasa tidak hormat mendalam terhadap penganut Kristian di Sabah sehingga meminta komuniti itu meninggalkan negeri ini.

Beliau turut menyifatkan hantara individu tidak dikenali itu sebagai mengingkari titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk perpaduan dan keharmonian yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Bukan itu sahaja, orang itu juga memperlekehkan simbol sejarah iaitu Batu Sumpah Keningau dengan menggelarnya sebagai batu kafir dan menyeru ia dimusnahkan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Saya sangat terkejut dengan apa yang ditulis, kerana Sabah dibina oleh masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

“Kita diberkati dengan persahabatan dan rasa hormat selama bertahun-tahun tetapi tiba-tiba diserang oleh personaliti yang pengecut dan tidak bertanggungjawab, yang memilih untuk tidak mahu namanya disiarkan sambil menyerang keamanan dan keharmonian kita, menyeru persengketaan dan kebencian,” kata Stephen ketika ditemui selepas membuat laporan itu di Balai Polis Penampang di sini, pada Rabu.

Beliau mengingatkan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya dibawa ke muka pengadilan dan menjadi pengajaran kepada pihak lain yang cuba mencetuskan perpecahan di negeri ini.

“Identiti tanpa nama masih boleh dikesan dan kami menggesa polis untuk menyiasat siapa pelakunya dan membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Stephen berkata Batu Sumpah Keningau bukanlah batu kafir dan sebaliknya merupakan monumen yang didirikan untuk memperingati penggabungan Borneo Utara British (kini Sabah) dengan Sarawak dan Malaya untuk membentuk Malaysia.

“Ia adalah peristiwa bersejarah yang penting di Sabah dan di Malaysia,” katanya.

Terpahat di atas batu itu adalah jaminan kebebasan beragama di Sabah; Kerajaan Sabah berkuasa atas tanah di Sabah; adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan.

Sebagai balasan, rakyat di pedalaman Sabah bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

“Batu itu berfungsi sebagai simbol jaminan yang dibuat oleh kedua-dua pihak untuk melindungi hak, autonomi, dan keistimewaan orang asal dalam rangka persekutuan Malaysia.

Walaupun batu itu mungkin mempunyai kepentingan budaya dan rohani untuk komuniti orang asal, ia tidak dikaitkan dengan kepercayaan atau amalan kafir,” kata Stephen.

“Hantaran yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali ini adalah provokasi dan berpotensi mengancam keselamatan orang ramai. Majlis Tetua KDCA mahu perkara ini disiasat polis dan pesalah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Turut hadir Penasihat Majlis Tetua KDCA, Dr Benidict Topin, setiausaha Majlis Tetua KDCA James Sitawin, bendahari OKK Edna Majimbun, dan ahli Datuk Steven Beliku dan OKK Kumin Gabpai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.