Siasatan guru didakwa lakukan pedofilia selesai dalam sebulan

1 Apr 2024 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai kes berkenaan (kiri) dan Muhamad Zaki

KOTA BHARU - Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memberi jaminan siasatan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat selesai dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, seramai empat saksi telah dipanggil ketika ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Siasatan mendalam sedang dijalankan dan ia dijangka selesai dalam tempoh sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, pada masa sama, polis memanggil saksi-saksi lain seperti senior pelajar dan guru-guru sudah bertukar yang berkemungkinan mempunyai maklumat mengenai kes tersebut.

Sinar Harian Online pada Ahad melaporkan Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan aktiviti pedofilia terhadap seorang pelajar lelaki.

Muhamad Zaki berkata, laporan itu dibuat oleh pelajar berkenaan dan polis melakukan siasatan secara telus dan tidak berpihak kepada mana-mana individu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved